Saturday, 31 March 2012

Falsafah SMK Sultan Yussuf

  Falsafah SYS
-Pengetahuan asas kebahagiaan.
-Pendidikan adalah hak asasi semua insan.
-Manusia adalah manusia yang boleh diasuh,dilatih dn diajar ke suatu tahap intelek tertinggi mengikut kecerdasan seseorang.
-Pencapaian manusia dalam ilmu pengetahuan bukan semula jadi tetapi dipengaruhi oleh persekitaran.

 Visi SYS
-SYS IS THE BEST

 Misi SYS
-Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin,bersatu padu, dan berilmu pengetahuan.
-Mewujudkan masyarakat yang taat setia kepada agama,negara dan bangsa.
-Mewujudkan masyarakat yang cinta akan tradisi dan semangat kebangsaan.

  Moto SYS
-Maltum In Pafo (Much In Little)


Lencana Sekolah

logo
Lagu Sekolah

Pengetahuan Asas Kebahagiaan

Sekolah Menengah Sultan Yussuf
Gedung ilmu pengetahuan
Tapak semaian insan
Pusat kebanggaan tempatan
Pengetahuan asas kebahagian
Berdikari serta berbakti
Carilah kemajuan 
Bekalan hidup kita nanti
Berazam mencapai kemajuan
Hadapi semua cabaran
Berpandu pada rukun negara
Bina Malaysia bersama
Berbangga dengan satu bahasa
Teguh bersama satu bangsa
Tumpukan taat setia
Negara kita tetap berjaya

Sejarah SMK Sultan Yussuf

Sekolah Menengah Sultan Yussuf, Batu Gajah telah diasaskan penubuhannya oleh seorang dermawan dari India iaitu En.K.Malaiperumal pada tahun 1907. Sejarah sekolah ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap.Tahap pertama bermula dari tahun 1907 – 1910. Tahap kedua selama 41 tahun dari 1910 hingga 1951.ketika itu sekolah ini dikenali sebagai Goverment English School. Pada 15 hb.Oktober, 1951 sekolah ini telah di tukarkan nama kepada Sultan Yussuf School (SYS) sempena nama D.Y.M.M Sultan Perak  yang ke-32 dan kekal nama itu sehingga sekarang.